Benci mereka yang buang kucing!!

brrrrrrrrrrrrrr...
sungguh saya xpuas hati dengan sikap segelintir manusia
kat muka bumi ni...
sighhhh~~ 
tak kan la langsung tak ada rasa belas kasihan terhadap seekor kucing mahupun haiwan yg lain???
sedang kan allah menciptakan kita semua utk saling mengasihani antara satu sama lain
selalu kita nampak kucing terbiar dimerata-rata kan..
dan yang memelikkan kenapa kucing ini dibuang???
haihhh..
dan paling tak tahan bila ternampak ada setengah kucing yg mati dilanggar kereta.
ohh.. saya tak menyalah kan pemandu tu dah semestinya lah dia pon tidak melakukannya dengan sengaja.. kan???
dan!!
sesuatu yang saya kurang gemari..
ibubapa sering menggunakan haiwan comel ini menakutkan anak-anak mereka..
pernahkah kalian dengar kata-kata ini??
*
*
*
"haippp, pegang la kucing tu.... nanti dia gigit putus jari baru tahu"
patutkah??? pernahkah kalian melihat manusia putus jari digigit kucing???
**rasa nak gelak guling-guling pon ada kan??**
haha.. 
okey.. setelah mendengar ayat ini kasih sayang anak-anak terhadap haiwan ini akan bertukar menjadi rasa takot dan menyebabkan mereka bertindak untuk bersikap kasar terhadap kucing...
:
:
dan!!
apa perasaan kita sebagai manusia jika kita ditendang,dipukul dan dikasari??
pasti sakit bukan??
tidak bolehkah kita sebagai manusia sekali sekala cuba menyelami perasaan haiwan ini..
mereka tidak dikurniakan akal untuk memberitahu kita tentang semua keperitan itu...
mungkin jika mereka mampu berbicara pasti mereka akan menjerit kesakitan..
ya allah..

nabi muhammad s.a.w turut menyayangi haiwan ini..
mengapa kita sebagai umat nya tidak mampu utk menyayangi haiwan ini seperti baginda???
ingatlah ... cukuplah kita sekadar memberi sedikit makanan sekiranya kita tidak mampu membela mereka...



antara kucing terbiar..
:((
sekian.. assalamualaikum wbt..